Cambridge Analytica

Robert Mercer (pelabur)
Cambridge Analytica (CA) ialah sebuah syarikat swasta yang menggabungkan perlombongan dan analisis data dengan kaedah komunikasi strategik untuk proses pilihan raya. Syarikat ini tertubuh sebagai anak syarikat SCL Group dari Britain pada tahun 2013 bagi melibatkan diri dalam politik Amerika Syarikat.[1] Pada tahun 2014, CA terlibat dalam 44 pemilihan raya politik. Sebahagian daripadanya dimiliki keluarga Robert Mercer, seorang pengurus dana lindung Amerika Syarikat yang menyokong banyak fahaman politik konservatif di negara tersebut. Syarikat ini beribu pejabat di London, Bandar Raya New York, dan Washington, D.C.Syarikat ini mula dikenali secara meluas pada tahun 2015 selepas dipilih untuk bekerjasama dalan kempen pilihan raya calon Republikan Amerika SyarikatTed Cruz. Setelah kempen tandingan Cruz gagal pada 2016, CA terlibat pula dalam kempen pilihan raya Donald Trump[2] serta kempen mengeluarkan United Kingdom daripada Kesatuan Eropah anjuran Leave.EU. Peranan mereka dalam kempen-kempen ini telah menjadi kontroversi serta menjadi tumpuan banyak siasatan jenayah yang sedang berlangsung di kedua-dua negara.[3][4][5] Ahli-ahli sains politik turut mempertikaikan dakwaan syarikat ini mengenai keberkesanan kaedah-kaedah mereka dalam menyasarkan pengundi.Pada 17 Mac, 2018, akhbar-akhbar The New York Times dan The Observer melaporkan bahawa Cambridge Analytica menggunakan maklumat peribadi yang diperolehi penyelidik luar yang mendakwa pengumpulan maklumat tersebut dilakukan atas tujuan akademik. Sebagai tindak balas ke atas laporan tersebut, Facebook mengharamkan pengiklanan syarikat tersebut dalam platformnya.[6][7] The Guardian turut melaporkan bahawa Facebook telah lama mengetahui mengenai pelanggaran keselamatan ini selama dua tahun namun tidak melakukan apa-apa langkah untuk melindungi penggunanya.[8]

Rujukan

WikiPedia: Cambridge Analytica http://www.theguardian.com/news/2018/mar/17/data-w... http://www.spiegel.de/netzwelt/netzpolitik/donald-... //www.worldcat.org/issn/0261-3077 //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.bloomberg.com/politics/features/2015-1... https://www.nytimes.com/2017/03/06/us/politics/cam... https://www.nytimes.com/2018/03/17/us/politics/cam... https://www.theguardian.com/news/2018/mar/17/cambr... https://www.theguardian.com/news/series/cambridge-... https://www.theguardian.com/technology/2017/mar/04...